#~Hei guys!!!!Sorry sebab dah lama tak updated blog ni..Lama ke???haha..Actually, hari-hari yang aku lalui sebelum ni biasa-biasa saje..Tak ada yang menyeronokkan pun..Cuma hari yang selame ini aku takuti sudah tiba!!!!29 JUN 2010!!..Hari di mana aku akan mengambil ujian JPJ!!..Selami ni, kalau korang nak tahu lah kan, aku saja je melambat-lambatkan masa belajar memandu tu, sebab aku takut nak ambil ujian JPJ ni..Aku rasa macam aku bakal GAGAL!!.~#
#~So, hari yang tak ditunggu ini telah pun tiba dengan sendirinya..Malam tu, cikgu akademi ditempat aku belajar tu awal-awal lagi dah mesej no aku..Mesejnya berbunyi seperti,"Sok pagi tgu kul 7.30 dr ckg akedemi memandu nilai"...Peh!!!aku dah rasa macam tak bernyawa dah time tu, sebab takutnya pasal..Aku sampai study buku peraturan tu balik taw!!huh!!Memang malam tadi aku tidur pun macam tak lena je..Aku siap letak Yasin kat sebelah bantal, sebab nak hafalkan ayat suci yang mak aku bagi sebagai doa untuk aku esuk..Disebabkan tidur aku tak lena malam tu,aku boleh terjaga pukul 6.22 pagi...Risau punya pasal, aku sampai mengigau bukak lampu bilik pagi tu..Tapi lepas tu, aku tidur balik..haha!!!Mak aku pun pelik..~#
#~Lepas mak aku kejut tu, aku terus bangun, mandi and terus bersiap..Kadang-kadang aku tahu, cikgu yang nak ambil aku tu, kadang-kadang lambat, kadang-kadang terlebih awal..Pagi tadi, memang aku rasa macam nak angkut satu FAMILY ikut aku pergi ujian..Entah kenapa lah dengan aku ni..PENAKUT yang amat!!!Walhal semua orang cakap dekat aku, yang aku ni sebenarnya boleh buat..Cuma aku je yang takut sangat..hmm???..Tepat pukul7.30 pagi, cikgu aku sampai..Berbekalkan perut yang diisi dengan air milo panas je, aku pun melangkah keluar rumah dengan rasa takutnya..Tiba-tiba, adalah seorang Hamba ALLAH ni, yang tak tahu nak bagi SALAM dulu, menjerit kat aku dari tingkat atas..Jeritannya berbunyi seperti ini, "WOI MAK ENON!!!BUAT BETUL-BETUL TAW!!!!"..Aku yang kat bawah tu, tengah sibuk-sibuk lambai mak aku, terkejut kejap..Sampai tak tahu nak jawab apa..Aku just buat THUMB UP!!..~#
#~Actually, ramai jugak yang nak pergi ujian..Lepas cikgu ambil aku dan yang lain, aku pun sampai kat akedemi memandu tu..Aku ikut je budak-budak lain..Yelah, dah tentu aku firstime nak buat ujian..Mana aku tahu nak kena buat apa..Aku pun dengan muka tak ada perasaan, ikut je lah arahan diorang..Pas pergi pejabat, aku kena ambil no giliran aku dekat Bilik Kuliah 4..Sampai sana, aku letak lesen L aku..Tak sampai pun berapa minit, nama aku dah kena panggil..Aku tengok dekat kad tu tertulis no 1!!Kad tu dah biasa digunakan semasa belajar, so bila dapat kad tu, aku bajet tak ada pape lah kan..Mungkin dia suka-suki nak letak no tu..Akak tu cakap, terus pergi ke Pondok JPJ..Dia suruh aku daftar dekat sana..Yang aku pelik tu, akak tu sampai cakap perkara yang sama dengan aku 2 KALI!!Mungkin sebab dia tengok muka aku BLURR je kot???haha...Aku pun terus lah keluar dari bilik tu, terus pergi dekat pondok tu..Sampai sana aku tengok keliling..Banyak orang tengah memandu..Aku tengok JPJ tak ada pun..Takkan macam tu je ujiannya..Sekali cikgu tu cakap, duduk dulu, JPJ belum sampai lagi..Wah!!!Lega aku!!!..~#
#~Haaa, al-kisah aku bermula apabila semua JPJ dah sampai, and cikgu aku suh beratur mengikut no giliran dari no 1 dan seterusnya..Dan untuk pengetahuan korang, yang start dulu ialah peserta-peserta SESI SATU!!dan kebetulan, aku lah peserta sesi 1 dan bernombor SATU!!..Tension jugak lah dapat no satu ni...Dengan aku yang rasa macam nak muntah, nak membuang, nak menangis and macam-macam lagi lah rasa, kenalah beratur depan meja JPJ tu..Aku tengok kebanyakkan JPJ yang datang, nampak macam sporting lah..Tapi perangai sebenar, tak tahu lah...Dengan rasa penuh ketakutan, aku duduk kat kerusi no 1,dan terus menuggu sampailah ada pegawai ni datang bagi taklimat...Habis je taklimat, terus START!!And I'm the lucky no 1!!Start-start je, ujian MENDAKI BUKIT, which is yang aku risaukan time nak turun je..Tapi Alhamdulillah, aku lulus!!!Yang kedua, PARKING..Setakat ni, masa belajar, aku belum ada masalah masa parking..dan alhamdulillah, aku lulus lagi..Seterusnya, TIGA PENJURU..Untuk tiga penjuru ni lah masalah aku yang PALING besar sekali..Sebab aku tak pernah KONSISTEN buat masa belajar..Tadi pun, macam-macam aku fikir dah..Tapi lepas aku buat tu, alhamdulillah, aku LULUS!!!!..heee..hepinya aku!!..Habis ujian dalam, aku kena buat JALAN RAYA pulak..Masa latihan memang aku bawak nak laju je..Tapi time ujian ni, aku bawak slow and steady je lah..JPJ yang ikut aku tu pun, macam tak banyak songeh!!Dia pun diam je dalam kereta, duk layan handphone dia..Aku disuruh pergi ke LORONG 2..Bagusnya lorong 2 ni, tak banya bumper dan lampu isyarat..Jadi aku tak adalah susah sangat nak bawak kereta..~#
#~So, bila dah setel driving aku, dia suruh aku isi nama, ic dengan tanda tangan..Masa nak isi tu, aku tengoklah dekat kotak yang bertulis KANDAS (GAGAL), JPJ tu TAK ADA TANDA PAPE DEKAT SITU!!!..So, automatiknya aku tahu yang aku LULUUUUUSSSSSS!!!!haha..Memang aku bersyukur sangat-sangatlah!!!Berbaloi aku bangun pagi-pagi, aku study, aku tambah jam dan semualah..heee..Sampai sekarang, kalau pape je, aku jerit,"ENA ADA LESEN!!"..hehe..Ayah dengan mak aku pun risau jugak, takut aku gagal, tapi bila dah dengar aku lulus, ayah aku cakap dia nak belanja aku MAKAN!!!..Walaupun, selama ni kalau time makan tu, memang diorang je yang bayar..tapi mestilah lain rasanya, bila diorang belanja, untuk menyambut kejayaan aku!!!..huhuhu!!!So, habis dah beban yang aku takut sangat ni..Ringan je kepala aku hari ni..haha..Otak aku dah kosong..Tinggal nak tunggu lesen aku siap je..Amin!!!~#
#~Buat pembaca yang setia, maaflah kalau kali ni, coretan aku terlebih panjang..haha..Aku nak bercerita tak larat sangat..Jadi korang baca je lah apa yang aku mengarutkan ni yeee!!!Thanks for you support!!!~#
No comments:
Post a Comment