Followers

.:Banting:.

$~Banting adalah tempat aku membesar..Banyak kenangan aku semasa kecil dan besar di sana hingga aku menjadi terlalu jauh hati nak mengingatkan kembali segala kenangan yang entah indah atau pahit..hmm..~$
$~Semasa di Banting lah aku banyak kehilangan haiwan ternakan kesayangan aku!!Semuanya manja dengan aku..Sedih sangat sebab setiap kali aku mula menyayangi haiwan tersebut sepenuh hati aku, diorang akan pergi tinggalkan aku..hmm..~$
$~Well, biarlah, kenangan tetap akan menjadi kenangan kan??Dan masa takkan dapat berputar lagi..hee..So, I must go on until, well, FOREVER!!..Point aku sebenarnya, hari ni, setelah sekian lama aku tak menjejakkan kaki kat Banting, akhirnya aku pergi jugak ke sana atas urusan sesuatu bersama angah aku..hee..Kami pergi ke Kanchong Darat..huh!!..Well, Banting masih macam dulu, sentiasa busy dengan kesesakkan lalu lintas..Dengan lorinya, dengan kontenanya dengan motor yang laju-laju and also kereta yang suka parking bersepah-sepah tu..Aku pun tak paham dengan orang yang suka parking merata-rata tempat tu..huh!!!..~$
$~Apa yang aku dapat lihat tadi, Banting semakin maju ok!!!Baguslah!!Itu lah yang kita nak untuk kehidupan Banting yang dulu seperti pekan kecil, sekarang semakin berubah menjadi bandar..hee..Suka jugak aku tengok perubahan-perubahan ni..~$
$~Tadi sebelum balik sempat jugak lah aku menyinggah kat KFC..nak bungkus makanan..Masa nak menyinggah ke situ, aku berdebar jugak, takut-takut terserempak dengan geng-geng lama..Aku bukan tak nak or tak suka, tapi aku just nak lari dari kehidupan aku yang dulu..Sebab buat apa aku nak mencari lagi masa silam aku, sedangkan kawan-kawan rapat aku dulu, pergi berlalu begitu saja..Ada ke diorang terfikirkan aku???The answer is NO!!!so, paham-paham sendiri lah kan???..~$

No comments: