~Ok, sebelum aku memulakan pape pun bicara, aku nak cakap sikitlah, blog ni tempat aku meluahkan segalanya, so, lepas yang baca blog aku nie, tak payah nak bawak mulut kat tempat lain lah ye..Cukup-cukup lah tu..Aku nak meluahkan saja kat sini, bukan nak bangkit kan apa yang telah berlaku..~
~Baiklah, angah aku ade sebuah akademi jahitan..Kitorang akan ambil sesiapa sahaja yang berminat untuk datang belajar jahitan..Yang rasa malas nak sambung belajar kat mana-mana tempat ke, or yang saja nak isi masa terluang dengan menambah ilmu kat dada pun boleh jugak..~
~Dalam melakukan sesuatu mesti kita akan jumpa dengan pelbagai halangan dan cabaran kan??Lebih-lebih lagi bila kita berurusan dengan pelbagai jenis kerenah manusia..Manusia nie ada 1001 sikap yang kita mungkin boleh terima dan tidak..Tapi itulah yang dinamakan dugaan..Tuhan tu nak tengok sama ada kita boleh laluinya atau pun tidak..Tapi, tak tahu lah kenapa masih ade segelintir manusia yang mempunyai HATI YANG BUSUK, di mana dia melakukan sesuatu yang boleh menutup periuk nasi orang lain???Bak kata angah aku, dia adalah PARASIT..Yes sis, it's true..Korang tahu tak apa itu PARASIT??Dengan kata mudahnya lah, parasit ini adalah sejenis hidupan yang MENUMPANG dekat hidupan lain dan dalam masa yang sama membawa KEBURUKAN pada hidupan tu..So, kalau nak sama orang yang aku cakap nie dengan HIDUPAN tue memang sangat sesuai lah kan, sebab dia hanya menumpang tapi dalam masa yang sama, sebelum dia keluar dia meninggal keburukan kepada kitorang..Bukan lah nak cakap yang si polan nie tak ada kat akademi tu, akademi tu akan rugi besar ke..Bukan!!Di sini saya nak tegaskan lah, kami hidup untuk mencari rezeki yang halal bukan mencari rezeki dari si polan nie..Kadi kalau die pergi pun, akademi tu akan menjadi lebih baik sebenarnya..Dan adalah lebih elok, kalau si polan nie tak pernah ada pun..~
~Entahlah, bila disoal, si polan nie tunduk..Malu kot??Tahu pulak erti malu..Aku tahu ape yang dia katakan, Tuhan tahu apa yang Si polan nie perkatakan dan lakukan, Aku cuma mengharapkan dia dapat balasannya..Mudah-mudahan, Tuhan perkenankan lah doa kami ini..Kami ni cuma manusia biasa, kami tak layak nak menghukum sesiapa, hanya Tuhan yang lebih berhak..Kami cuma mengharapkan yang lebih baek untuk masa depan kami kelak..~
~Ingatlah, kadang-kadang kita kat atas and kadang-kadang kita kat bawah, tapi bila dah ada kat atas tu,jangan lah sentiasa mendongak tengok kat atas sahaja, kita juga perlu pandang balik kat bawah, di mana itulah segala permulaan hidup kita dahulu..~
No comments:
Post a Comment