Followers

~ 23 March 2011 ~


"Ya Allah Ya Tuhanku..Kau tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Allah..Kau kuatkanlah hatiku ini dalam menerima kehilangan ini Ya Allah..Aku mohon padaMu Tuhan..Bantulah hambaMu yang lemah ini.."...

~Pada hari ni, semasa aku di kolej, aku menerima satu panggilan telefon dari ibuku mengatakan Gramblin (KUCING KESAYANGANKU) telah mati..Mungkin, bagi semua orang yang baca, mesti rasa benda ni macam benda biasa je kan???..Tapi, bagi aku tidak..Sejak Jumaat lepas, masa aku balik rumah lagi, aku tengok kucing aku diam je..Nak jalan pun susah..Kalau nak berdiri pun, mengigil-gigil..Puas aku menangis malam tu bila semua orang merasakan yang mungkin sudah sampai masanya untuk pergi disebabkan umurnya yang sudah tua bagi seekor kucing..Aku tak bersedia!!!!Aku tak nak kehilangannya!!!Aku menangis, menangis dan menangis..Mak aku pun sampai tak tahu nak pujuk aku macam mana lagi, sampaikan mak aku buatkan air susu untuk kucing aku tu..Mak aku suruh aku suap dia..Aku pun pergilah suap kucing aku, si Gramblin ni minum..Tapi dia tak nak..Memang itu perangainya..Dia sangat cerewet dengan segala benda yang dia nak makan and minum..Malam tu, aku tidurkan dia atas kain batik...Aku nak masukkan kat tempat tidurnya, dia tak nak, dikuar balik..Aku masukkan dalam reban pun, dia berusaha jugak nak keluar balik..Korang nak tahu kenapa dia keluar??And kat mana dia tidur??..Dia tidur betul-betul menghadap sliding door koridor tu, and kepala dia betul-betul memandang ke dalam..Korang boleh rasa ke apa aku rasa???...Bila dipanggil, hanya mata dia je yang mampu memandang, tapi dia tak mamppu nak datang..Sebab dia sakit sangat...~

~Esoknya, aku bangun dari tidur..Mak aku lah yang kejut..Mak aku tengok sliding door..Aku tunggu je mak aku cakap pape..Tiba-tiba mak aku cakap Gramblin kencing darah dan dia masih hidup lagi..Mak aku pesan suruh hantar dia cepat-cepat pergi klinik haiwan yang kitorang selalu bawak tu..Sampai sana, doktor tu check-check perut Gramblin..Gramblin tak boleh jalan..Bila disuruh berjalan, dia bangun, tapi lepas tu dia rebah balik..Dia mengigil..Doktor cakap tue kesan dari kesakitan dia..Adalah yang doktor cerita pasal darah yang keluar dari bontot dia tu, tapi tak apa lah, biarlah benda tu, aku dengan family je yang tahu..Doktor tu siap bagi injection pain killer, demam, dengan ubat untuk berhentikan bleeding tu..So, doktor cakap tunggu selepas dua hari..Oke..Esoknya, hari Ahad taw..Aku bangung je pagi tu, ikut angah pergi kemas office dia..Memandangkan petang tu aku nak balik hostel dah, hati aku rasa nak sangat pergi tengok Gramblin..Aku sampai sanggup nak drive sendiri pergi tengok dia kat klinik tu..Hari tu, semua busy..Mak and ayah aku pergi kerja..Abang aku tak ada..Alang aku demam panas, satu hari dia tidur..Angah aku penat kemas office..Aku pun penat jugak kemas office, tapi bila fikirkan Gramblin, aku rasa macam nak lari je dari situ and pergi melawat dia..Tapi angah aku tak bagi..Dia tak nak aku drive sorang-sorang bawak kereta Exora tu..Aku pun, just call je klinik tu, tanya keadaan Gramblin..Korang nak tahu kenapa aku nak pergi jugak tengok Gramblin??..kenapa aku tak call je dari awal tanya pasal Gramblin???..sebab, ada satu persoalan yang sentiasa bermain kat dalam fikiran aku....., "Mesti Gramblin rasa orang tak sayangkan dia..Tak ada siapa pun yang datang melawat dia kat klinik..Mesti dia kecewa dengan tuan dia.."Yelah, kucing mana tahu aku kat sini risaukan dia, siap call klinik tanya pasal dia kan????..hmmm..Then, lepas dua hari, abang aku datang tanya doktor tu, nak terus bawak pergi klinik dulu ke apa??..Doktor tue boleh cakap, nak mintak izin HEAD dia dulu, nak kena tanya macam mana lah apa lah ini lah itulah...Adoooiii!!!..Itu salah satu punca semua perkara menjadi LEMBAP!!!!!...Kucing aku tengah sakit, dia boleh macam tu pulak???..~

~Then, hari ni tadi alang aku pergi bawak Gramblin ke Hospital UPM kot..Hospital Pakar Haiwan lah..Doktor tu nak bedah dah mak aku cakap..Tapi doktor tue tengok, nadi kucing aku dah makin perlahan, dah macam nyawa-nyawa ikan..Pastu, doktor tu, tengok otak kucing aku dah tak berfungsi..And bila otak dah tak boleh berfungsi, memang dah tak boleh buat pape lagi dah..Jadi doktor tu cakap, kalau dibiarkan, kucing ni akan terus merana kesakitan..So, doktor tu mintak izin alang aku untuk MATIKAN dia terus untuk selama-lamanya supaya dia berhenti dari keseksaan tu..Di saat aku dengar semua benda ni dari mak aku..Aku menangis terus..Hati aku sakit sangat!!!...Aku rasa aku marah sangat dengan semua orang..Aku rasa macam semua yang berlaku tu punca dari klinik tu!!!Aku tak boleh terima benda nie semua..Sampai sekarang aku tak boleh terima..Sampai sekarang aku menangis je and sampai sekarang aku dah rasa macam tak betul dah..Aku tak tahu nak buat apa..tolonglah aku!!!..Aku nak Gramblin tu hidup balik..Aku nak semua ni hanyalah sekadar mimpi je..tolonglah!!!~

*Sampai sekarang, aku ingat lagi masa aku suapkan Gramblin susu..Aku cakap kat dia, "Gramblin..Gramblin jangan tinggalkan akak taw!!Gramblin kena kuat!!Lawan taw sakit tu..Tahan taw!!!Gramblin ingat taw pesanan akak nie..Gramblin...Gramblin jangan lupakan akak oke???Gramblin ingat akak sampai bila-bila taw!!!"..................................*

No comments: