#~Hari ini, tanggal 6 februari, lahirnya seorang insan yang aku panggil 'AYAH'...Seorang yang bertanggungjawab, tegas, penyayang dan sanggup berkorban apa sahaja semata-mata hendak mencari dan memberi rezeki pada keluarganya yang tercinta..Tanpa beliau, siapa lah kami...Dan tanpanya juga, aku pun takkan melangkah sejauh ini dalam dunia yang fana ini...Aku bersyukur kerana aku diberi seorang Ayah seperti beliau, dan aku juga sentiasa mengharapkan di mana pada kelahiran yang akan datang, aku akan sentiasa mendapat seorang Ayah sepertinya...Sejak aku dilahirkan, tidak pernah sekali pun beliau memarahi, menghukum tanpa sebab dan berbuat sesuatu yang kejam kepada aku...Ada sahaja harapan aku, keinginan aku yang beliau tunaikan walaupun kadang-kadang aku menolak, tetapi beliau masih berdegil hanya untuk memenuhi kehendak aku..Aku sangat berterima kasih padamu,Ayah...Di hari kelahiranmu ini, aku sentiasa akan mendoakan kesejahteraan hidupmu..Semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat segala yang ayah impikan...Ketahuilah ayah, anakanda mu ini akan sentiasa menyayangimu walaupun ada macam-macam dugaan dan cabaran serta cerita-cerita kurang enak yang anakanda dengar...Manusia tidak pernah terlepas dari terus membuat kesalahan, dan walau sebesar mana kesalahan itu, ayah tetap dalam hati anakanda...~#
No comments:
Post a Comment